Tak semua orang berpeluang bercuti ke tempat best2...
Mungkin kerana dek kos yang makin mencanak tinggi..
Macam akak laa..hihi..
Peluang ke sabah ni Rezeki dari ALLAH SWT yang menetapkan ini rezeki akak suami dan sarah hana..
Cerita ni bukan baru lagi..dah basi pun..tapi tetap nak cerita keseronokkan dan keindahan sabah..hahahaha
Tahun 2012
Alkisahnya...Mula bekerja dengan company KENANG BUDI ENTERPRISE SDN BHD (KBE) ni bermula tahun 2010..
Tokey cina (MR.LAU)..
Rezeki selepas 2 tahun bekerja berpeluang g sabah secara percuma..
kos yang company tanggung cuma untuk 2 orang (staff dan salah seorang ahli keluarga)..
So tahun 2012 ada sorang anak je (sarah hana)..so suami dan anak dapat la join..
tapi flight ticket untuk anak sendiri tanggung la kan..
Untuk akak dan suami 100% free!!
Bergambar depan ofis sebelum bertolak ke Airport Bayan Lepas
(Untung kau hana..baru 6 bulan dah merasa naik flight..mama kau ni umur 26 tahun baru merasa kau..hahah)
Muka Shin chan kau Sarah hana..hahaha
Perjalanan 2 jam setengah pun akak dah rasa bosan..yela asyik terperuk atas kerusi tu hampir 3 jam..hikhik
Kami bergambar di masjid Terapung
(terkilan sikit la sebab tak berpeluang masuk solat dek kerana Jadual trip yg padat..kami solat bila singgah makan yg ada sediakantempat solat..terkilan lagi sebab company tak titik beratkan bab ni untuk staff muslim...nasib boleh jamak..huhui..jamak pun dah hampir terlepas..)
HOTEL PENGINAPAN SEPANJANG KE SABAH
(KINABALU PINE RESORT)
Best jugak la..sebab area kundasang..sejuk skit atas bukit..
Tidur malam lena diulit mimpi indah..
bangun pagi terus bergambar sambil berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..
Bergambar sebelum bertolak ke Kota kinabalu..bye bye pine resort..
(HOTEL PROMENADE)
Hotel 4@ 5 bintang ntah..best...
siap ada peti ais dan bathtab..
menunggu di lobi untuk dapatkan kunci..
sebelah tu anak member 1 ofis..suka bebenor dia dgn sarah hana..
Tempat2 Menarik lain yang travel guide bawa..
(ada gambar yg tak snap..hihi)
Pasar Filipina
(macam2 ada jual..ikan terubuk masin,aksesori wanita,makanan,kraftangan)
Kami di suruh berhati2 oleh tour guide semasa berada disini sebab banyak pencopek)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjXZM7pH8mxDRJ-I4VS8jmKk4IDTR6jEBfUAfz9eIAtY_iuE3dbNWOg3wFp5fCDwAkmeRJIn4shzau8dBTMRf3IFdZqqo8TQh1QQOAiRbaVxIY9vITyt2qsEKND3NAvI7bkqYqua_LBiA8/s320/630338-800x401.jpg)
restoran nelayan..
(sepanjang bercuti ke sabah ni..sepanjang masa cuma makan seafood je..sarah hana sampai berak taik hijau..haha..fullybreastfeed mesti dapat effect dari pemakanan kita..hihi)
makan malam di restoran nelayan..
macam biasa seafood lagiiii..
(balik penang comfirm cari nasi kandaq..hahaha)
mandi manda di HOT SPRING
(ada titi gantung disini..tapi di sebabkan laluannya kena terjah hutan kami tak masuk sebab sarah hana nangis2 mcm bagi 'hint' tak nak masuk..so mandi jew..staff lain semua naik titi gantung)
Perlu naik bot ke PULAU MANUKAN..sarah hana dah lena di buai mimpi
mandi manda di PULAU MANUKAN
(sini pon best..air bersih..boleh snorkling..)
lunch kami disni pun seafood..
ala bufet..mkn sampai pengsan..haha..
solat jamak kami pun disini..nasib jumpa jugak surau..
ALLAH SWT permudahkan
Tak berapa ingat tempat apa ni..
tapi cantik untuk bergambar..
sejuk jew..rasanya kundasang..
Sarah hana bersama member ofis (Kak ani..otai KBE ni)
Cantiknya ciptaan ALLAH SWT..
(snap gambar ni dari dpn toilet..haha..)
Bawa balik monyet je dari sabah
Kalau korang nak pergi..pastikan budget cukup la kan..
sangat disyorkan bagi sesiapa suka ketenangan pantai(pulau manukan),suasana sejuk ala cameron (kundasang)
Next..percutian di entry lain okey..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan