Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 27 Disember 2015

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL: OSTEMATRIX

Assalamualaikum..

Ibu hamil memang perlukan kalsium..
kalau tak cukup..
maka bersedialah untuk kehilangan gigi..hahaha..bukan tu aje..kaki cramp..sakit2 pinggang dan lengguh sana sini..perhhh...senang cerita pastikan cukup kalsium..

Tapi korang perlu tahu..kalsium bukan setakat dari susu je..
sumber lain bersepah seperti brokoli,keju,yogurt,badam dll..

Bagi akak paling senang minum susu kot..
tapi mesti kena tahu cukupkah keperluan untuk sehari tu??


Jadual di atas menunjukkan preggy mommies perlukan 1000-1200mg..
agak2 korang tahu tak berapa mg yg korang dapat dari segelas susu??..
Tak tahukan??
so akak mudahkan..korang telan je pil kalsium a.k.a ostematrix dari shaklee nih..

Apa istimewanya kalsium (Ostematrix) Shaklee?
1. Adanya tambahan Vitamin D.
Kenapa perlu tambahan Vitamin D? Ini kerana ia membantu kalsium disebarkan dari sistem penghadaman ke seluruh darah dan tulang.
2. Terdapatnya kombinasi kalsium karbonat dan kalsium citrat. Penting kerana ianya sesuai diambil semasa perut kosong ataupun selepas makan.
Ostematrix Shaklee menyediakan 1000 mg kalsium bersamaan 250mg kalsium dalam setiap kapsul. 



16 Kebaikkan OSTEMATRIX untuk ibu mengandung dan menyusu: 
– Bayi anda mudah lawas /Tidak Sembelit
– Anda juga mudah lawas /Tidak Sembelit
– Gigi semakin kuat dan tidak berdarah 
– Tiada masalah sakit tulang belakang 
– Memperbaiki masalah gastrik (ibu yang baru melahirkan selalu kesuntukan masa untuk makan) 
– Membantu mengawal berat badan (mengurangkan rasa lapar akibat kekurangan glikogen) 
– Menyediakan kalsium yang bermutu tinggi kepada anak 
– Tiada lagi masalah kaki kejang 
– Bantu perbanyakkan susu ibu 
– Seimbangkan paras kalsium semasa haid 
– Mencegah osteoporosis 
– Mengurangkan PMS 
– Alternatif bagi ibu yang tak suka/tak boleh ambil susu laktosa 
– Mengawal tekanan darah 
– Menguatkan daya ingatan 
– Meningkatkan kesihatan tubuh 

Sebotol untuk 120 kaplet
MEMBER: RM52
NON MEMBER: RM65
(Rasa mahal nak buat belian dengan harga NON MEMBER??..meh sertai keahlian dengan yuran keahlian seumur hidup RM69 aje)
Whatapps/sms: 012-5959363

TRIMESTER KE-3 KEHAMILAN: SUSAH TIDUR SEMASA HAMIL

Assalamualaikum..


Dari anak pertama sehingga Nak masuk anak ke-3 memang bila dah masuk trimester ke-3 jangan lah kau bermimpi nak tidur diulit mimpi2 indah..hahahah..
korang nak tahu kenapa??
meh baca entry nih..hihi..


Apabila anda semakin hampir untuk bersalin,tidur nyenyak kini hanyalah kenangan sahaja. Dalam trimester ketiga, semakin sukar bagi anda untuk tidur nyenyak. Anda tidak keseorangan dalam perkara ini. Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami masalah ini.



Mengapakah saya sukar tidur nyenyak dalam trimester ketiga?

Menjelang trimester ketiga, perut anda telah menjadi terlalu besar sehingga sukar untuk anda baring dengan selesa. Cuba tidur mengiring ke kiri dengan beberapa biji bantal diletakkan di celah kaki dan belakang anda.

Dalam satu kajian kecil, didapati bahawa kemungkinan bayi dilahirkan mati adalah kurang bagi wanita yang tidur mengiring ke kiri berbanding mereka yang tidur dalam posisi lain.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan apakah yang menyebabkan bayi mati semasa dilahirkan dan banyak faktor yang terlibat. Kajian tersebut hanya melihat pada faktor berkaitan tidur seperti berdengkur, bangun untuk ke tandas, serta posisi tidur. Lebih banyak kajian mengenai corak tidur diperlukan sebelum kita boleh menggariskan sebarang keputusan yang kukuh mengenai posisi tidur.

Dalam minggu-minggu keempat hingga keenam yang terakhir, jika anda benar-benar tidak boleh tidur dengan selesa di atas katil, anda mungkin boleh cuba tidur di kerusi atau sofa yang selesa.





Mengapakah saya sering rasa hendak ke tandas?

Ingat lagi semasa anda dalam fasa awal kehamilan, iaitu semasa anda lebih banyak menghabiskan masa di dalam tandas daripada di luar? Malangnya, kini anda terpaksa melaluinya semula. Tetapi kali ini ia disebabkan oleh bayi yang sedang membesar dalam perut anda memberi tekanan terhadap pundi kencing.

Anda boleh cuba mengurangkan kekerapanpergi ke tandas pada waktu malam dengan mengurangkan minum pada waktu lewat petang dan malam. Pastikan anda mengosongkan pundi kencing setiap kali ke tandas dengan cara membongkok ke hadapan apabila anda membuang air kecil.

Apakah perkara lain yang mungkin mengganggu tidur saya dalam trimester ketiga?

Anda mungkin dapati tidur anda terganggu akibat pelbagai perkara berkaitan kehamilan. Ini termasuk:

Walaupun anda boleh melegakan sedikit gangguan-gangguan ini, kemungkinan besar anda masih lagi terpaksa mengharungi malam-malam di mana anda tidak dapat tidur nyenyak. Fikirkan waktu-waktu itu sebagai latihan bagi menghadapi kehidupan baru selepas bayi anda lahir.

Jika saya tidak cukup tidur dalam trimester ketiga, adakah ini menjejaskan bayi saya?

Tidak. Sukar tidur nyenyak adalah perkara biasa pada penghujung kehamilan, namun ia tidak akan membahayakan bayi anda.

Walau bagaimanapun, ia boleh membuatkan anda rasa letih dan tidak bermaya. Ada juga kemungkinan bahawa masalah kurang tidur yang terlalu teruk dalam minggu-minggu terakhir kehamilan dikaitkan dengan proseskelahiran yang panjang. Ia juga mungkin meningkatkan kemungkinan anda terpaksa bersalin melalui pembedahan caesarean.

Nak tahu lebih lanjut follow kat sini:
http://www.babycenter.com.my/a25008077/tidur-semasa-hamil-trimester-ketiga

Kalau korang rasa tak selesa akibat lengguh3 akibat sendi,kaki cramp,sakit pinggang..
mungkin korang PERLU BANTUAN OSTEMATRIX !!
Klik sini untuk Ostematrix (nanti akak cerita A-Z kepentingan ostematrix untuk ibu2 preggy)

KALSIUM UNTUK IBU HAMIL: OSTEMATRIX

DILEMA MEMILIH PERANCANG KELUARGA: PART II

Assalamualaikum..


Dah nama pun part 2 mesti la sambungan dari part 1 kan..hihi

Untuk part 2 pulak okeh..
Meh kita terjah perancang keluarga apa pulak selepas kelahiran anak ke-2 NUR SOFIYYAH HANI (ketika entry ni ditaip ..2y 3m)



tapi...ni pun hanya 'bertahan' 3x cucuk jew..
sebab???..akak memang tak tahan dengan simptom sakit kepala yg kronik..
Buleh hentak kepala ke dinding kalau diserang sakit..huhui..(merana beb..1 kerja tak jadi..asyik nak terbongkang jew..)hahaha..(bukan alasan malas weii..)huhui..

4 bulan selepas suntikkan terakhir aku di Sahkan TERmengandung anak ke-3 pulak..
(konon nak rancang sendiri jew..haa ambik kau..)
siapalah kita ni hamba3 yang kerdil mampu nak lawan perancangan yg MAHA ESA ... ALLAH SWT..
kalau dah tertulis itu rezeki..terima jew..hihi(untung3 baby boy pulak kali ni setelah 2 gegurl).
Dengan rendah diri memohon sihatkan diri ini dan baby dalam perut nih (ketika entry ni ditaip..akak preggy 31w)

Meh baca apakah suntikan depo..
mungkin menjadi pilihan korang..

SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo.Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya.Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akandiperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Iajuga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.

DILEMA MEMILIH PERANCANG KELUARGA: PART I

Assalamualaikum..


Entry kali ni nak cerita bab PERANCANG KELUARGA yang akak guna..
ada banyak part mengikut kelahiran anak la kan..hihi
so kiranya ini PART 1 okeh..
Sorang anak -1 perancang keluarga
Okeh..anak 1st..NUR SARAH HANA (now dia dah 3y 11m semasa entry ni ditaip..hihi)


Tapi...selepas sarah hana genap 1 tahun TERmengandung adiknyerr pulak 
(TER..kau..haha)
kenapa TER ???
sebab TERLUPA..
kalau korang jenis pelupa macam akak nih..
hi hi bye bye je la kat jenis2 pil nih..
kalau la korang mempunyai daya ingatan yg superpower boleh telan pil2 perancang yup..
meh baca perancang keluarga yg akak pernah guna dan ofcoz sesuai untuk mommies3 yg breastfeed ur baby..
tapi akan bukan setakat lupa sebab side effect yg menyebabkan sakit kepala teruk..akak mmg nak stop pun..
(rela mengandung lagi dari sakit kepala tau!!)

PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek.Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akanberlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akanmengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan caraalternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakancara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan caramerancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, iamerupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.