Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Selasa, 29 Disember 2015

KHASIAT SOLAT AWAL WAKTU :Dari Sudut Pandangan Sains


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknyawaktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitumasuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."


 SEBARANG ORDER/PERTANYAAN BERKAITAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI SAYA..
PAKAR SET HAMIL/BERPANTANG/MENYUSU/KURUS SHAKLEE

Yuran keahlian SERENDAH RM70 SEUMUR HIDUP 

CUTI-CUTI MALAYSIA-SABAH

Assalamualaikum..

Tak semua orang berpeluang bercuti ke tempat best2...
Mungkin kerana dek kos yang makin mencanak tinggi..
Macam akak laa..hihi..
Peluang ke sabah ni Rezeki dari ALLAH SWT yang menetapkan ini rezeki akak suami dan sarah hana..
Cerita ni bukan baru lagi..dah basi pun..tapi tetap nak cerita keseronokkan dan keindahan sabah..hahahaha

Tahun 2012
Alkisahnya...Mula bekerja dengan company KENANG BUDI ENTERPRISE SDN BHD (KBE) ni bermula tahun 2010..
Tokey cina (MR.LAU)..
Rezeki selepas 2 tahun bekerja berpeluang g sabah secara percuma..
kos yang company tanggung cuma untuk 2 orang (staff dan salah seorang ahli keluarga)..
So tahun 2012 ada sorang anak je (sarah hana)..so suami dan anak dapat la join..
tapi flight ticket untuk anak sendiri tanggung la kan..
Untuk akak dan suami 100% free!! 


Bergambar depan ofis sebelum bertolak ke Airport Bayan Lepas
(Untung kau hana..baru 6 bulan  dah merasa naik flight..mama kau ni umur 26 tahun baru merasa kau..hahah)

Muka Shin chan kau Sarah hana..hahaha

Perjalanan 2 jam setengah pun akak dah rasa bosan..yela asyik terperuk atas kerusi tu hampir 3 jam..hikhik

Kami bergambar di masjid Terapung 
(terkilan sikit la sebab tak berpeluang masuk solat dek kerana Jadual trip yg padat..kami solat bila singgah makan yg ada sediakantempat solat..terkilan lagi sebab company tak titik beratkan bab ni untuk staff muslim...nasib boleh jamak..huhui..jamak pun dah hampir terlepas..)



HOTEL PENGINAPAN SEPANJANG KE SABAH
(KINABALU PINE RESORT)








Best jugak la..sebab area kundasang..sejuk skit atas bukit..
Tidur malam lena diulit mimpi indah..
bangun pagi terus bergambar sambil berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..

Bergambar sebelum bertolak ke Kota kinabalu..bye bye pine resort..

(HOTEL PROMENADE)

Hotel 4@ 5 bintang ntah..best...
siap ada peti ais dan bathtab..

menunggu di lobi untuk dapatkan kunci..
sebelah tu anak member 1 ofis..suka bebenor dia dgn sarah hana..


Tempat2 Menarik lain yang travel guide bawa..
(ada gambar yg tak snap..hihi)
Pasar Filipina
(macam2 ada jual..ikan terubuk masin,aksesori wanita,makanan,kraftangan)
Kami di suruh berhati2 oleh tour guide semasa berada disini sebab banyak pencopek)

                  
restoran nelayan..
(sepanjang bercuti ke sabah ni..sepanjang masa cuma makan seafood je..sarah hana sampai berak taik hijau..haha..fullybreastfeed mesti dapat effect dari pemakanan kita..hihi)

makan malam di restoran nelayan..
macam biasa seafood lagiiii..
(balik penang comfirm cari nasi kandaq..hahaha)



mandi manda di HOT SPRING
(ada titi gantung disini..tapi di sebabkan laluannya kena terjah hutan kami tak masuk sebab sarah hana nangis2 mcm bagi 'hint' tak nak masuk..so mandi jew..staff lain semua naik titi gantung)

Perlu naik bot ke PULAU MANUKAN..sarah hana dah lena di buai mimpi

mandi manda di PULAU MANUKAN
(sini pon best..air bersih..boleh snorkling..)
lunch kami disni pun seafood..
ala bufet..mkn sampai pengsan..haha..
solat jamak kami pun disini..nasib jumpa jugak  surau..
ALLAH SWT permudahkan 

Tak berapa ingat tempat apa ni..
tapi cantik untuk bergambar..
sejuk jew..rasanya kundasang..

Sarah hana bersama member ofis (Kak ani..otai KBE ni)

Cantiknya ciptaan ALLAH SWT..
(snap gambar ni dari dpn toilet..haha..)

Bawa balik monyet je dari sabah



Kalau korang nak pergi..pastikan budget cukup la kan..
sangat disyorkan bagi sesiapa suka ketenangan pantai(pulau manukan),suasana sejuk ala cameron (kundasang)

Next..percutian di entry lain okey..