Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Isnin, 28 Disember 2015

DILEMA MEMILIH PERANCANG KELUARGA: PART III

Due Date 27 feb 2016..
kejap je masa berjalan untuk setiap kehamilan..
Penat jugak sebenarnya menjawab persoalan Kawan2,ahli keluarga dan jiran tetangga yg TERlebih excited nak tahu akak mengandung Anak lelaki ke perempuan..haha
(almaklum la dah dikurniakan 2 zuriat gegurl..Sarah Hana dan Sofiyyah Hani)

Scan 20w hari tu doktor ada la bagi tahu..
"nampak teloq"(so?? korang rasa?..)
tapi doktor ada gtau jangan salahkan dia kalau tak betul..haha(risau akak katoq dia kot...hikhik)

Sapa tak nak weii..tapi kita tunggu je la yg keluar boy or girl??..

Yang memeningkan akak sekarang bukan jantina anak tapi KAEDAH PERANCANG KELUARGA apa nak pilih selepas melahirkan..
Sarah hana-pil noriday
Sofiyyah hani-suntikkan depo
(dua3 akak tak suka sebab sakit kepala yg agak teruk dan kerap..1 kerja tak menjadi sekali diserang sakit kepala)

Dalam kepala IUD je..terus 3 tahun..
(tapi scary nk rasai time pasang nanti.adoiihai..)

sebelum tu baca lah dulu ape yg sesuai untuk ibu menyusu mcm akak ni haa


Apakah jenis pencegah kehamilan yang boleh saya gunakan jika saya masih menyusukan bayi?

Anda boleh gunakan kaedah-kaedah pencegah kehamilan berikut ketika anda masih menyusukan bayi:
kondom untuk lelaki atau wanita;diafragma atau penutup serviks;pil mini;suntikan;implan;sistem intrauterine (yang bermaksud “di dalam rahim”) atau IUS;alat intrauterine (IUD).
Kondom
Kondom adalah kaedah yang paling mudah digunakan, samada anda masih menyusu badan ataupun tidak. Kondom untuk wanita diletakkan di dalam faraj dan di sekeliling bahagian luar labia. Kondom untuk wanita mungkin tidak begitu menyelesakan berbanding kondom untuk lelaki.

Jika digunakan dengan betul, kondom untuk lelaki adalah 98 peratus berkesan dan kondom untuk wanita 95 peratus berkesan.

Anda mungkin dapati faraj anda sedikit kering sejak bersalin. Jika anda mahu bersama suami tetapi rasa kurang selesa kerana kekeringan, cuba gunakan jeli pelincir. Jeli ini haruslah larut air supaya ia tidak merosakkan kondom.

Diafragma dan penutup serviks
Anda boleh guna diafragma atau penutup serviks setiap kami mahu bersama suami. Diafragma dan penutup serviks adalah getah atau silikon lembut berbentuk bulat yang muat dalam serviks.

Doktor atau jururawat boleh memuatkan diafragma atau penutup serviks anda (atau memuatkan semula, jika anda pernah menggunakannya sebelum ini) enam minggu selepas bersalin. Ketika itu, badan biasanya telah kembali ke bentuk sebelum hamil. Diafragma dan penutup adalah di antara 92 peratus dan 96 peratus berkesan, selagi ia diguna dengan betul dan dengan pembasmi sperma.

Pil mini
Anda boleh guna pil mini jika anda masih menyusukan bayi kerana ia tidak mengganggu bekalan susu anda. Anda boleh mula mengambilnya 21 hari selepas bersalin.

Pil mini juga dikenali sebagai pil progestin (progestogen-only pill – POP). Ia menggunakan versi sintetik hormon progesteron.

Pil mini adalah lebih daripada 99 peratus berkesan. Namun untuk ia memberi kesan seperti ini, anda perlu mengambilnya pada waktu yang sama setiap hari. Ini boleh jadi sukar jika anda sibuk menjaga bayi yang baru lahir.

Suntikan
Suntikan berkesan selama beberapa minggu. Terdapat dua jenis suntikan:
Depo-Provera, yang berkesan selama 12 mingguNoristerat, yang berkesan selama lapan minggu
Jika anda masih menyusu badan, sebahagian kecil progestogen akan masuk ke dalam badan bayi. Ini tidak akan membahayakan bayi anda.

Adalah lebih baik untuk menunggu sehingga enam minggu selepas bersalin sebelum mula mengambil suntikan. Ini bagi mengurangkan kemungkinan haid anda jadi tidak menentu dan darah keluar dengan banyak. Masalah pendarahan adalah salah satu keburukan kaedah ini.

Jika doktor anda tidak dapat memberi anda suntikan ini, beliau boleh memberitahu anda di mana anda boleh memperolehinya. Suntikan ini membebaskan progestogen ke dalam otot anda selama beberapa minggu.

Kaedah suntikan semaking popular kebelakangan ini kerana keberkesanannya yang tinggi (lebih daripada 99 peratus) dan mudah dilakukan. Tetapi jika anda mahu hamil lagi dengan segera selepas berhenti menggunakan pencegah kehamilan, kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk anda. Ini kerana, kesuburan anda akan mengambil masa beberapa bulan untuk kembali normal.

Implan
Kaedah implan kekal selama tiga tahun, jadi anda perlu fikir masak-masak samada ini adalah kaedah yang sesuai untuk anda. Dalam kaedah implan, Nexplanon yang berupa tiub plastik fleksibel yang kecil dan nipis bersaiz kira-kira 4cm panjang dan berdiameter 2mm akan dimasukkan ke bawah lengan. Tiub ini mengandungi progestogen.

Anda boleh mengambil implan 21 hari selepas bersalin. Anda masih boleh menyusu badan kerana hanya sedikit sahaja progestogen yang masuk ke dalam susu anda.

Doktor akan memasukkan implan ini ke bawah lengan anda. Ia boleh dikeluarkan apabila anda mengambil keputusan untuk menukar kaedah mencegah kehamilan atau apabila anda mahu cuba untuk hamil lagi. Kaedah implan berkesan lebih daripada 99 peratus.

Sistem intrauterin
Sistem intrauterin (IUS) ialah implan yang dimasukkan ke dalam rahim (uterus). Ia membebaskan sedikit dos progestogen secara berterusan selama hingga lima tahun.

Anda boleh menggunakan IUS pada bila-bila masa bermula empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan menjalankan prosedur ini. Anda boleh menggunakan IUS samada anda bersalin secara normal atau caesarean. IUS adalah lebih daripada 99 peratus berkesan.

Alat intrauterin
Alat intrauterin (intrauterine device) atau IUD boleh digunakan selama tiga hingga 10 tahun, bergantung kepada jenis yang digunakan.

Anda boleh mula menggunakan IUD pada bila-bila masa daripada empat minggu selepas bersalin. Doktor atau jururawat akan memasangnya untuk anda. Anda boleh menggunakan IUD samada anda bersalin secara normal atau caesarean. Keberkesanan IUD adalah lebih daripada 99 peratus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan