Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 31 Disember 2015

BOY OR GIRL :Debaran Setiap Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Kalau dah nama pun preggy..ofcoz teringgin nak tahu boy or girl..
Macam akak ni haa..dah dikurniakan 2 gegurl..so untuk kandungan ke-3 ni(due feb 2016) mesti BERHARAP dapat boy pulak..hihi...




Banyak caranya nak ketahui baby dlm kandungan kita ni boy or girl...tapi bukan 100% tepat okeh (so..jgn mengharap lebih3..hahaha)
Hanya ALLAH SWT yang tahu setepat2nya!

Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah akak kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalamtrimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila andatidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkanpersenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkanpersenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Cara lainnyerr.
1.Urin + Soda Bikarbonat (seeloknya test waktu pagi subuh2)


Result:
Boy=Campuran tadi akan berbuih sgt meriah umpama buih air gas selepas kita goncang sebelum buka tudungnya..

Girl=Campuran tadi tiada sebarang tindak balas

Result menunjukkan baby boy..kalau girl tiada buih meruap3 mcm nih..


2.Kalender Cina Kuno

Boleh try cara nih..tapi akak agak keliru bab2 nih..hahaha..
Lebih senang cara 1.

Nak tahu lebih tepat...kena la tunggu beranak..hihi..tenung,dan kelebek puas2..hahah

Apa yang akak nk TEKAN kan..Hanya ALLAH SWT yg tahu apa yg ada didalam peranakkan seorang ibu..
Cara diatas bukan 100% tepat yew..


set semasa hamil perlu ada untuk pencegahan dari HB LOW,LESU ,KAKI CRAMP dll..

Sebarang order dan pertanyaan sila hubungi no akak di atas yew..

Yuran keahlian cuma serendah RM70 SEUMUR HIDUP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan