Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 27 Disember 2015

DILEMA MEMILIH PERANCANG KELUARGA: PART I

Assalamualaikum..


Entry kali ni nak cerita bab PERANCANG KELUARGA yang akak guna..
ada banyak part mengikut kelahiran anak la kan..hihi
so kiranya ini PART 1 okeh..
Sorang anak -1 perancang keluarga
Okeh..anak 1st..NUR SARAH HANA (now dia dah 3y 11m semasa entry ni ditaip..hihi)


Tapi...selepas sarah hana genap 1 tahun TERmengandung adiknyerr pulak 
(TER..kau..haha)
kenapa TER ???
sebab TERLUPA..
kalau korang jenis pelupa macam akak nih..
hi hi bye bye je la kat jenis2 pil nih..
kalau la korang mempunyai daya ingatan yg superpower boleh telan pil2 perancang yup..
meh baca perancang keluarga yg akak pernah guna dan ofcoz sesuai untuk mommies3 yg breastfeed ur baby..
tapi akan bukan setakat lupa sebab side effect yg menyebabkan sakit kepala teruk..akak mmg nak stop pun..
(rela mengandung lagi dari sakit kepala tau!!)

PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek.Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akanberlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akanmengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan caraalternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakancara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan caramerancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, iamerupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.

1 ulasan:

  1. Kesesuaian perancang keluarga mungkin berbeza kesannya untuk setiap individu..
    mungkin ada yg berat naik mendadak..
    macam akak..sakit kepala..
    berat bukan makin naik tapi makin turun pulak..hahaha..

    BalasPadam