Assalamualaikum..
Dari anak pertama sehingga Nak masuk anak ke-3 memang bila dah masuk trimester ke-3 jangan lah kau bermimpi nak tidur diulit mimpi2 indah..hahahah..
korang nak tahu kenapa??
meh baca entry nih..hihi..
korang nak tahu kenapa??
meh baca entry nih..hihi..
Apabila anda semakin hampir untuk bersalin,tidur nyenyak kini hanyalah kenangan sahaja. Dalam trimester ketiga, semakin sukar bagi anda untuk tidur nyenyak. Anda tidak keseorangan dalam perkara ini. Lebih separuh daripada wanita hamil mengalami masalah ini.
Mengapakah saya sukar tidur nyenyak dalam trimester ketiga?
Menjelang trimester ketiga, perut anda telah menjadi terlalu besar sehingga sukar untuk anda baring dengan selesa. Cuba tidur mengiring ke kiri dengan beberapa biji bantal diletakkan di celah kaki dan belakang anda.Dalam satu kajian kecil, didapati bahawa kemungkinan bayi dilahirkan mati adalah kurang bagi wanita yang tidur mengiring ke kiri berbanding mereka yang tidur dalam posisi lain.
Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan apakah yang menyebabkan bayi mati semasa dilahirkan dan banyak faktor yang terlibat. Kajian tersebut hanya melihat pada faktor berkaitan tidur seperti berdengkur, bangun untuk ke tandas, serta posisi tidur. Lebih banyak kajian mengenai corak tidur diperlukan sebelum kita boleh menggariskan sebarang keputusan yang kukuh mengenai posisi tidur.
Dalam minggu-minggu keempat hingga keenam yang terakhir, jika anda benar-benar tidak boleh tidur dengan selesa di atas katil, anda mungkin boleh cuba tidur di kerusi atau sofa yang selesa.
Mengapakah saya sering rasa hendak ke tandas?
Ingat lagi semasa anda dalam fasa awal kehamilan, iaitu semasa anda lebih banyak menghabiskan masa di dalam tandas daripada di luar? Malangnya, kini anda terpaksa melaluinya semula. Tetapi kali ini ia disebabkan oleh bayi yang sedang membesar dalam perut anda memberi tekanan terhadap pundi kencing.Anda boleh cuba mengurangkan kekerapanpergi ke tandas pada waktu malam dengan mengurangkan minum pada waktu lewat petang dan malam. Pastikan anda mengosongkan pundi kencing setiap kali ke tandas dengan cara membongkok ke hadapan apabila anda membuang air kecil.
Apakah perkara lain yang mungkin mengganggu tidur saya dalam trimester ketiga?
Anda mungkin dapati tidur anda terganggu akibat pelbagai perkara berkaitan kehamilan. Ini termasuk:- sindrom kaki lenguh
- sakit belakang
- kejang kaki
- berdengkur
- kegatalan (jumpalah doktor jika anda mengalami gatal yang teruk)
- pedih ulu hati
- mimpi ngeri
- pergerakan bayi anda
Walaupun anda boleh melegakan sedikit gangguan-gangguan ini, kemungkinan besar anda masih lagi terpaksa mengharungi malam-malam di mana anda tidak dapat tidur nyenyak. Fikirkan waktu-waktu itu sebagai latihan bagi menghadapi kehidupan baru selepas bayi anda lahir.
Jika saya tidak cukup tidur dalam trimester ketiga, adakah ini menjejaskan bayi saya?
Tidak. Sukar tidur nyenyak adalah perkara biasa pada penghujung kehamilan, namun ia tidak akan membahayakan bayi anda.Walau bagaimanapun, ia boleh membuatkan anda rasa letih dan tidak bermaya. Ada juga kemungkinan bahawa masalah kurang tidur yang terlalu teruk dalam minggu-minggu terakhir kehamilan dikaitkan dengan proseskelahiran yang panjang. Ia juga mungkin meningkatkan kemungkinan anda terpaksa bersalin melalui pembedahan caesarean.
Nak tahu lebih lanjut follow kat sini:
http://www.babycenter.com.my/a25008077/tidur-semasa-hamil-trimester-ketiga
Kalau korang rasa tak selesa akibat lengguh3 akibat sendi,kaki cramp,sakit pinggang..
mungkin korang PERLU BANTUAN OSTEMATRIX !!
Klik sini untuk Ostematrix (nanti akak cerita A-Z kepentingan ostematrix untuk ibu2 preggy)
KALSIUM UNTUK IBU HAMIL: OSTEMATRIX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan