Assalamualaikum

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Khamis, 31 Disember 2015

BOY OR GIRL :Debaran Setiap Ibu Hamil

Assalamualaikum...

Kalau dah nama pun preggy..ofcoz teringgin nak tahu boy or girl..
Macam akak ni haa..dah dikurniakan 2 gegurl..so untuk kandungan ke-3 ni(due feb 2016) mesti BERHARAP dapat boy pulak..hihi...




Banyak caranya nak ketahui baby dlm kandungan kita ni boy or girl...tapi bukan 100% tepat okeh (so..jgn mengharap lebih3..hahaha)
Hanya ALLAH SWT yang tahu setepat2nya!

Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah akak kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalamtrimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila andatidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkanpersenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkanpersenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

Cara lainnyerr.
1.Urin + Soda Bikarbonat (seeloknya test waktu pagi subuh2)


Result:
Boy=Campuran tadi akan berbuih sgt meriah umpama buih air gas selepas kita goncang sebelum buka tudungnya..

Girl=Campuran tadi tiada sebarang tindak balas

Result menunjukkan baby boy..kalau girl tiada buih meruap3 mcm nih..


2.Kalender Cina Kuno

Boleh try cara nih..tapi akak agak keliru bab2 nih..hahaha..
Lebih senang cara 1.

Nak tahu lebih tepat...kena la tunggu beranak..hihi..tenung,dan kelebek puas2..hahah

Apa yang akak nk TEKAN kan..Hanya ALLAH SWT yg tahu apa yg ada didalam peranakkan seorang ibu..
Cara diatas bukan 100% tepat yew..


set semasa hamil perlu ada untuk pencegahan dari HB LOW,LESU ,KAKI CRAMP dll..

Sebarang order dan pertanyaan sila hubungi no akak di atas yew..

Yuran keahlian cuma serendah RM70 SEUMUR HIDUP


Rabu, 30 Disember 2015

KURUS CARA SAYA : PEMBAKAR KALORI

Kaum Hawa dan KURUS tak dapat dipisahkan..

So..akak nak share sikit la pasal pemakanan harian akak..
walaupun tak konsisten setiap hari...kahkah 

Now preggy 31w dengan berat cuma 51kg..
Haaa macam na tu??
nurse kat klinik kesihatan (KK) pun jeles kata mereka pun tak kurus2..akak yg preggy ni masih maintain..
Akak bukan diet tau..sikit pun tak..(mana bleh diet time preggy..)
Akak cuma amalkan pemakanan seimbang dan yg paling penting MAKAN SIKIT2 TAPI KERAP (pastikan seimbang..roti,oat,buahan,minuman protien)




see..jangan lebih segenggam sekali makan..
ikut genggam sendiri la ek..hihi..
lebihkan protien dan serat untuk 
mengenyangkan..

Lepas melahirkan 2 puteri (Sarah hana dan sofiyyah hani)
Mesti la ada lemak2 yg mengelebeh..lenggan..perut..
So step seterusnya..PENYUSUAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN @ LEBIH 



Sesetengah kaum ibu rasa 'renyah' menyusu anak..mudah give up..terutama selepas kelahiran anak pertama..
memang susu lambat keluar sikit..tp jgn give up..biaq la dia melalak menangis sebab kelaparan..tugas kita sebagai mommies teruskan jugak..
in syaa ALLAH bila baby teruskan menghisap..akan banyak la susu..sekaligus 
pembakaran kalori sedang berlaku

Ada sesetengah ibu menyusu "say no 2 diet"..(alamaknya gemuks la kau gitu..hihi)
jangan jadikan alasan penyusuan untuk kau melantak sesuka suki..haha
Memang penyusuan akan menyebabkan kita 'kehausan' dan 'kelaparan'..tapi CARA KITA MANAGE PENGAMBILAN MAKANAN KENA BETUL, TEPAT DAN SEIMBANG..

Contoh menu akak bila 'rasa' lapar selepas penyusuan @ bila2 je: 
Selepas makan tengah hari dan makan malam masih 'berasa' lapar try menu simple nih..



Oat + soy protien + mango

Oat + Soy protien + kurma + tembikai

Nestum 3 in 1 + soy protien
(sedia maklum..3 in 1 selalunya banyak kandungan gula..tukar ke nestum tak campur apa2 tuh..lebih sihat..hihi)


Kenapa mesti ada protien untuk setiap menu simple nih???
ikut apa kata sifu kita nih bab kurus..
kalau nak kurus tapi 'PEMALAS' sila ketuk kepala ke dinding okeh.hihi

set kurus + menyusu harus ada..
set ni ada Protien (untuk kawal nafsu makan dan sumber penting untuk penyusuan), Detox Alfafa(Membuang toksin dan alfalfa sebagai 'penggalak' susu ibu) dan Burn fat Lecithin (Mengurai lemak dan kolestrol lama tersimpan dari preggy lagi..hihi bayangkan..)
Set ini amat SELAMAT dan MESRA BAYI 
bukan setakat membantu penyusuan malah Membakar kalori korang..

SET MAMPU MILIK INI HANYA SERENDAH RM300 SAHAJA
(termasuk perdaftaran sebagai ahli baru jika korang ingin menikmati harga set ni)

UNTUK MILIKI SET SERENDAH INI ANDA HANYA PERLU WHATAPPS/SMS:



Selasa, 29 Disember 2015

KHASIAT SOLAT AWAL WAKTU :Dari Sudut Pandangan Sains


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknyawaktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitumasuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."


 SEBARANG ORDER/PERTANYAAN BERKAITAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI SAYA..
PAKAR SET HAMIL/BERPANTANG/MENYUSU/KURUS SHAKLEE

Yuran keahlian SERENDAH RM70 SEUMUR HIDUP 

CUTI-CUTI MALAYSIA-SABAH

Assalamualaikum..

Tak semua orang berpeluang bercuti ke tempat best2...
Mungkin kerana dek kos yang makin mencanak tinggi..
Macam akak laa..hihi..
Peluang ke sabah ni Rezeki dari ALLAH SWT yang menetapkan ini rezeki akak suami dan sarah hana..
Cerita ni bukan baru lagi..dah basi pun..tapi tetap nak cerita keseronokkan dan keindahan sabah..hahahaha

Tahun 2012
Alkisahnya...Mula bekerja dengan company KENANG BUDI ENTERPRISE SDN BHD (KBE) ni bermula tahun 2010..
Tokey cina (MR.LAU)..
Rezeki selepas 2 tahun bekerja berpeluang g sabah secara percuma..
kos yang company tanggung cuma untuk 2 orang (staff dan salah seorang ahli keluarga)..
So tahun 2012 ada sorang anak je (sarah hana)..so suami dan anak dapat la join..
tapi flight ticket untuk anak sendiri tanggung la kan..
Untuk akak dan suami 100% free!! 


Bergambar depan ofis sebelum bertolak ke Airport Bayan Lepas
(Untung kau hana..baru 6 bulan  dah merasa naik flight..mama kau ni umur 26 tahun baru merasa kau..hahah)

Muka Shin chan kau Sarah hana..hahaha

Perjalanan 2 jam setengah pun akak dah rasa bosan..yela asyik terperuk atas kerusi tu hampir 3 jam..hikhik

Kami bergambar di masjid Terapung 
(terkilan sikit la sebab tak berpeluang masuk solat dek kerana Jadual trip yg padat..kami solat bila singgah makan yg ada sediakantempat solat..terkilan lagi sebab company tak titik beratkan bab ni untuk staff muslim...nasib boleh jamak..huhui..jamak pun dah hampir terlepas..)



HOTEL PENGINAPAN SEPANJANG KE SABAH
(KINABALU PINE RESORT)








Best jugak la..sebab area kundasang..sejuk skit atas bukit..
Tidur malam lena diulit mimpi indah..
bangun pagi terus bergambar sambil berlatar belakangkan Gunung Kinabalu..

Bergambar sebelum bertolak ke Kota kinabalu..bye bye pine resort..

(HOTEL PROMENADE)

Hotel 4@ 5 bintang ntah..best...
siap ada peti ais dan bathtab..

menunggu di lobi untuk dapatkan kunci..
sebelah tu anak member 1 ofis..suka bebenor dia dgn sarah hana..


Tempat2 Menarik lain yang travel guide bawa..
(ada gambar yg tak snap..hihi)
Pasar Filipina
(macam2 ada jual..ikan terubuk masin,aksesori wanita,makanan,kraftangan)
Kami di suruh berhati2 oleh tour guide semasa berada disini sebab banyak pencopek)

                  
restoran nelayan..
(sepanjang bercuti ke sabah ni..sepanjang masa cuma makan seafood je..sarah hana sampai berak taik hijau..haha..fullybreastfeed mesti dapat effect dari pemakanan kita..hihi)

makan malam di restoran nelayan..
macam biasa seafood lagiiii..
(balik penang comfirm cari nasi kandaq..hahaha)



mandi manda di HOT SPRING
(ada titi gantung disini..tapi di sebabkan laluannya kena terjah hutan kami tak masuk sebab sarah hana nangis2 mcm bagi 'hint' tak nak masuk..so mandi jew..staff lain semua naik titi gantung)

Perlu naik bot ke PULAU MANUKAN..sarah hana dah lena di buai mimpi

mandi manda di PULAU MANUKAN
(sini pon best..air bersih..boleh snorkling..)
lunch kami disni pun seafood..
ala bufet..mkn sampai pengsan..haha..
solat jamak kami pun disini..nasib jumpa jugak  surau..
ALLAH SWT permudahkan 

Tak berapa ingat tempat apa ni..
tapi cantik untuk bergambar..
sejuk jew..rasanya kundasang..

Sarah hana bersama member ofis (Kak ani..otai KBE ni)

Cantiknya ciptaan ALLAH SWT..
(snap gambar ni dari dpn toilet..haha..)

Bawa balik monyet je dari sabah



Kalau korang nak pergi..pastikan budget cukup la kan..
sangat disyorkan bagi sesiapa suka ketenangan pantai(pulau manukan),suasana sejuk ala cameron (kundasang)

Next..percutian di entry lain okey..







Isnin, 28 Disember 2015

HUKUM MENYUSU KETIKA HAMIL : Dari sudut pandangan Islam

Assalamualaikum...


Tahun 2016..Feb..kelahiran anak ketiga menjadi kali ke-2 tandem anak..huhui..

Nonstop..hahaha..
Menyusu hana 1 tahun (2013)..preggy adiknya hani 8w..
Now Menyusu Hani 2y 3m (2015)..preggy adiknya pulak 31w..
Cuba nak stop penyusuan Hani tapi Siap demam2..sawan tangis malam3..hahah..bagi je la..lagi pun mama dan baby sihat2 jew..hihi
Alhamdullilah..


Apa hukum tandem nursing?

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung.
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).
Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.
Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya.
Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah.)
Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. Ibu telah mengamalkan:
(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
(2) Minum banyak air mineral.
(3) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya Ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan Ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.
(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.
(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi “mencuri” kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.
(5) Sediakan susu formula jika berat anak adalah dibawah garisan kuning.
Jadi kepada ibu- ibu diluar sana, jangan risau jika anda disahkan mengandung ketika masih menyusu badan. Hukum membenarkan dan pelbagai suplemen tambahan juga terdapat dipasaran untuk ibu- ibu menjayakan misi ini.

Jayakan proses penyusuan dan kehamilan dgn set hamil shaklee..


SEBARANG ORDER/PERTANYAAN SILA WHATAPPS@SMS:0125959363